Wednesday, 17 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk
memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan
kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan
kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus
pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan
kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
- kemahiran berfikir secara
kritikal dan kreatif
- kemahiran berkomunikasi secara
berkesan
- kemahiran menikmati keindahan
ciptaan dan seni
- kemahiran membuat pilihan dan
membuat keputusan
- kemahiran mencari,
menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
- kemahiran bergaul dan
bekerjasama dengan orang lain
- kemahiran kepimpinan dan
pengurusan
Di
dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara
berikut :
(a)
Pembelajaran Koperatif
Kurikulum
berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh
pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan
diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan,
mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.
(b)
Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
Fokus
aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan
sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya
mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan
tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru.
(c)
Pengembangan Kreativiti
Kurikulum
perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir
secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan.
Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.
(d)
Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran
generik bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan
berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan
menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile
dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang
kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.
(e)
‘Multilinggualism’
Arus
globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk
Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa
Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan
segala maklumat dalam pelbagai bahasa.
(f)
Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan
pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan
nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti
kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.
(g)
Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan
dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping
nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan bermoral
tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama, akhlak dan
kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan
tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam
sekelilingnya.
(h)
Pelbagai Kecerdasan
Setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. Kesemua potensi
seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple
Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial,
bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat
melahirkan individu yang holistik dan seimbang.
(i)
Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan
disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca
pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan,
bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21
PENGENALAN
Kurikulum
adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan
pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma
serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat
untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain.
Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan
engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
"
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang
lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan
memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu
pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan
yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih
untuk keperluan negara. "
[
Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]
Dalam
proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi
mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara,
kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk
menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti
cemerlang.
Pembangunan
tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada
penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam
sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Y.A.B. Perdana Menteri
telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu dilakukan.
"Kita
mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya dari
segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan kemahiran
dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari segi
kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin, dari
segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat
keusahawanan".
[
Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
"Kita
mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbang antara golongan
profesional, separa-profesional dan ahli ketukangan, selain terdapatnya
imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyai kemahiran dalam bidang sains
dan teknologi, sastera dan ilmu-ilmu sosial".
[
Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
Kurikulum
bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada
masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan
tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan
(dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan
teknologi.
Perancangan
kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik
supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara
Malaysia.
Warganegara
Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus
oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang
masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan
budaya dan nilai-nilai semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)