SK TAMPASUK 2 - Seperti biasa murid-murid dan guru berhimpun di tapak perhimpunan pada waktu bagi mendengar laporan dari guru bertugas dan amanat dari guru besar. Hari ini tidak seperti hari biasa. Kelihatan riak wajah murid-murid SK Tampasuk ceria dan bersemangat dengan lengkap berpakaian untuk bersukaneka. Semoga murid-murid dapat mengekalkan semangat sebegini di hari-hari berikutnya
Untuk tahun 2012 kali ini sambutan Hari Guru peringakat SK Tampasuk 2 berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Beberapa acara diadakan memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Guru,,antaranya sukaneka untuk guru-guru dan murid-murid tahap satu dan dua. Sidang editor mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru. “ GURU INOVATIF PENJANA TRANFORMASI NEGARA.”
Upacara memotong kek diketuai oleh Cikgu Maikat selaku Guru Besar dan diiringi oleh PK 1 cikgu Atik, PK HEM cikgu Jamulah dan PK KOKUM Pn. Jamilah. Majlis disudahi dengan jamuan makan untuk semua guru-guru dan kakitangan SK Tampasuk 2.
MENGANYAM KETUPAT
Salah satu acara yang diadakan untuk guru-guru ialah menganyam daun ketupat. Pelbagai cara anyaman yang dipersembahkan oleh guru-guru termasuk Guru Besar yang tidak kurang hebatnya. Tetapi sayang sekali apabila kumpulan guru besar terpaksa berputih mata apabila salah satu daripada anyaman ketupat tersebut hilang menjadikan mereka menduduki tempat kedua. Entah di mana hilangnya anyaman Guru Besar itu.
No comments:
Post a Comment