24 September 2012, Sk Tampasuk II hari ini menerima kedatangan pemantau dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan memantau MBMMBI sekolah bagi mengetahui perkembangan setelah hampir 2 tahun dilaksanakan.
Kira-kira jam 9 pg, kunjungan tersebut tiba diiringi Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud En. Ibnis, antara perkara yang dilihat ialah fail-fail Panitia berkaitan MBMMBI, dan sedikit soal selidik berkaitan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Beberapa matapelajaran yang disoal selidik ialah BM,BI,MATH, dan SAINS.
Sk Tampasuk II mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemantau yang sudi hadir ke sekolah kami, dan segala amanat, teguran dan sebagainya kam terima untuk kebaikan kami pada masa yang akan datang.
Monday, 24 September 2012
PERKHEMAHAN UBF MENGAJAR MURID BERDIKARI
22 MEI 2012 - SK Tampasuk II menganjurkan perkhemahan unit beruniform yang menjadi acara wajib di bawah unit KOKUM. Perkhemahan in I disertai seramai 97 orang murid tahap 2. Perkhemahan ini akan berlangsung selama 3 hari dan 2 malam bermula hari ini dan berakhir 24 Mei 2012.
Antara program yang dinantikan oleh murid tahap 2 setiap tahun ialah perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Perkhemahan UBF ini mengajar murid berdikari selain melatih semangat berkumpulan, bekerjasama dan bertanggung jawab di atas segala tugasan yang diberikan.
PENDAFTARAN
Jam 7.00 pg. semua murid tiba di sekolah dan berkumpul di tapak perhimpunan. Setiap murid dikehendaki mendaftar di meja pendaftaran mengikut unit beruniform masing-masing. Seramai 29 orang pserta dari Pengakap, 35 Tunas Puteri dan 33 orang dari PBSM.
Usai taklimat dan pendaftaran, peserta diarahkan ke tapak perkhemahan bagi mendirikan khemah masing-masing. Kurangnya pengalaman dari murid-murid terpaksa dibantu oleh guru-guru dan ibubapa murid sendiri.
Setiap khemah dikongsi paling kurang 3 orang murid. Semua khemah siap dipasang dalam masa 30 minit.
MEMBINA GAJET
Setelah selesai mendirikan khemah, murid-murid ke aturcara yang berikutnya iaitu membina gajet, semua muridmenunjukkan semangat kerjasama yang baik dalam menjayakan pembinaan gajet. Gajet ini bukan untuk kegunaan
sahaja, malahan ianya ialah satu pertandingan yang akan diadili oleh hakim yang dilantik pada esok hari. Harap-harap gajet mereka tidak tumbang sehingga akhir aktiviti berlangsung.
Editor sempat melawat tapak perkhemahan murid-murid, terfikir editor bagaimana khemah sebesar ini boleh dikongsi seramai 3 orang yang berbadan montel-montel kesemuanya. Agak-agak khemah kumpulan siapakah ini?
KEMERIAHAN HARI GURU SK TAMPASUK 2 2012
SK TAMPASUK 2 - Seperti biasa murid-murid dan guru berhimpun di tapak perhimpunan pada waktu bagi mendengar laporan dari guru bertugas dan amanat dari guru besar. Hari ini tidak seperti hari biasa. Kelihatan riak wajah murid-murid SK Tampasuk ceria dan bersemangat dengan lengkap berpakaian untuk bersukaneka. Semoga murid-murid dapat mengekalkan semangat sebegini di hari-hari berikutnya
Untuk tahun 2012 kali ini sambutan Hari Guru peringakat SK Tampasuk 2 berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Beberapa acara diadakan memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Guru,,antaranya sukaneka untuk guru-guru dan murid-murid tahap satu dan dua. Sidang editor mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru. “ GURU INOVATIF PENJANA TRANFORMASI NEGARA.”
Upacara memotong kek diketuai oleh Cikgu Maikat selaku Guru Besar dan diiringi oleh PK 1 cikgu Atik, PK HEM cikgu Jamulah dan PK KOKUM Pn. Jamilah. Majlis disudahi dengan jamuan makan untuk semua guru-guru dan kakitangan SK Tampasuk 2.
MENGANYAM KETUPAT
Salah satu acara yang diadakan untuk guru-guru ialah menganyam daun ketupat. Pelbagai cara anyaman yang dipersembahkan oleh guru-guru termasuk Guru Besar yang tidak kurang hebatnya. Tetapi sayang sekali apabila kumpulan guru besar terpaksa berputih mata apabila salah satu daripada anyaman ketupat tersebut hilang menjadikan mereka menduduki tempat kedua. Entah di mana hilangnya anyaman Guru Besar itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)